4 posts tagged “info”
- malay - english translation
- my PUBLIC blog dah pindah di sini (LINK) - I have moved my PUBLIC blog to that link.
- so there will be no more update in here
- kalau ade pon just for my private viewing - if there's any update, then it will be for my private viewing only
- harap maklum - so please take note
- i've decided to make my vox private for certain reasons, though i still update my vox regularly, but it is now function more like my diary, you don't want people to read your diary right? that's what i'm doing now =P
Put your car keys beside your bed at night. If you hear a noise outside your home or someone trying to get in your house, just press the panic button for your car. The alarm will be set off, and the horn will continue to sound until either you turn it off or the car battery dies.
This tip came from a neighborhood watch coordinator. Next time you come home for the night and you start to put your keys away, think of this: It's a security alarm system that you probably already have and requires no installation. Test it. It should go off from most everywhere inside your house and will keep honking until your battery runs down or until you reset it with the button on the key chain. It works if you park in your driveway or garage If your car alarm goes off when someone is trying to break in your house, odds are the burglar/rapist won't stick around.
After a few seconds all the neighbors will be looking out their windows to see who is out there and sure enough the criminal won't want that. And remember to carry your keys while walking to your car in a parking lot. The alarm can work the same way there.
This is something that should really be shared with everyone. Maybe it could save a life or a sexual abuse crime.
Would also be useful for any other emergencies, such as a heart attack, where you can't reach a phone. eg: A lady has suggested to her husband that he carry his car keys with him in case he falls outside and she doesn't hear him. He can activate the car alarm and then she'll know there's a problem.
Sumber: PDRM Bukit Aman
- Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Pencuri mungkin menggunakan anak sebagai tebusan)
- Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian didapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).
- Sekiranya terdengar / terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk.
- Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.
- Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju
- Bawa alarm kereta bersama semasa tidur. Jika terjaga tengah malam, cuba 'on' dan 'off'kan 'alarm' tersebut untuk menakutkan pencuri
- Tekan butang merah pada 'alarm' kereta anda jika anda mengesyaki pencuri sudah masuk ke dalam rumah.
- Sekiranya terlihat orang-orang yang agak aneh dan asing di kawasan rumah anda, sila dapatkan nombor plet motosikal / kereta mereka (Selalunya mereka menaiki motosikal dan biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala).
- Pesan kepada jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah kita dan mengaku saudara kita bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefon pejabat anda kepada jiran supaya mereka boleh double check dengan kita.
- Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.
- Adakan senarai nombor telefon kecemasan seperti 999. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafalkan nombor tersebut. Ini memudahkan anda membuat panggilan telefon.
- Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau 'alarm' automatik.
- Lampu porch & lampu belakang rumah sepatutnya terpasang secara automatik bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi bercuti.
- Kalau bercuti dalam jangkamasa yang lama, pesan kepada jiran agar mengutip surat dalam peti surat. Peti surat yang penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.
- Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.
- Kereta Proton adalah paling mudah dicuri. Kalau kereta anda brand new, sekurang-kurangnya anda perlu lock gear & stering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi akan berjaya melambatkan pencuri).
- Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua sekiranya berlaku kebakaran.
- Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.
- Jangan letak kunci bawah pasu bunga / peti surat / alang pintu / tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.
- Kalau sewa rumah baru pastikan anda tukar padlock baru, mana tahu bekas-bekas penyewa lama masih menyimpan kunci pendua.
- Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.
* i forgot where i found this article and since this article is very informative especially for the girls out there, so i decided to post it here *
Jenayah rogol boleh dicegah sekiranya wanita mengambil berapa langkah-langkah tertentu untuk menjaga keselamatan diri masing-masing. Undang-undang membenarkan hak mempertahankan diri daripada sebarang pencabulan (rogol) dengan menggunakan kekerasan ke atas penyerang (perogol) sehingga boleh menyebabkan luka parah atau kematian ke atasnya.
- Cara Perlakuan (Modus Operandi)
- Mangsa diserang di tempat sunyi dan berseorangan
- Memujuk pujuk rayu untuk berhibur dan bermalam di hotel atau ke rumahnya
- Menggunakan dadah, minuman keras atau pil khayal sehingga mangsa khayal/tidak sedarkan diri untuk memudahkan dirogol
- Mangsa dirogol semasa melakukan rompakan
- Mangsa dirogol semasa bersendirian di rumah
- Mangsa sendiri bersetuju bersetubuh tetapi membuat laporan atas sebab-sebab tertentu
- Mangsa dirogol dengan tipudaya bomoh
- Mangsa bersetuju mengadakan persetubuhan tetapi dibawah usia 14 tahun.
2. Langkah-langkah Pencegahan
- Jika memandu sendirian - sentiasa melihat bahagian dalam kereta anda sebelum memasuki kereta. Pasang penghalang buka kunci kereta di pintu dan di tempat yang memudahkan kereta dibuka tanpa kunci. Selain ia mengelakkan kecurian ia membantu daripada orang berniat jahat bersembunyi.
- Kunci segera pintu kereta sebelum membuka kunci keselamatan atau menghidupkan enjin kereta. Ini untuk memastikan anda tidak diserang sewaktu leka menghidupkan enjin kereta.
- Pastikan pintu kereta sentiasa dikunci sewaktu memandu kereta, ini untuk mengelakkan serangan sewaktu berhenti seperti di lampu isyarat atau di simpang jalan.
- Hendaklah lebih berhati-hati apabila berjalan menuju ke arah kereta anda di tempat letak kereta. Pastikan kereta diletakkan di tempat yang terang, dekat dengan pintu yang menjadi laluan dan dikawal oleh pengawal keselamatan dan kamera keselamatan.
- Apabila menggunakan pengangkutan awam, pastikan yang penumpang wanita lain ada bersama anda. Catatkan nombor kenderaan awam yang dinaiki terutama teksi atau sms maklumat tersebut kepada kenalan terdekat. Pastikan anda sekurangnya mengenali jalan yang digunakan untuk ke tempat yang dituju. Ini membolehkan anda mensyaki sesuatu yang tidak diingini lebih awal dan mengambil tindakan.
- Telepon atau SMS sesiapa semasa dalam perjalanan setiap 15 minit atau jangka masa yang sesuai atau sekurangnya memastikan telepon bimbit sentiasa dihidupkan. Ia akan memudahkan usaha mencari anda jika sesuatu berlaku kerana setiap panggilan, sms dan pancaran telepon bimbit anda, ada catatan di pusat utama telepon bimbit.
- Jika anda melihat seseorang disyaki berlegar-legar di sekitar kawasan kemudahan awam, elakkan daripada memasuki kawasan itu. Sekiranya anda diekori lari ke tempat orang ramai sambil membuat panggilan telepon bimbit.
- Elakkan diri daripada memasuki lif di tempat-tempat terpencil dan sunyi bersama seseorang yang tidak dikenali atau yang dicurigai.
- Dapatkan kerjasama persatuan penduduk dan anda sendiri untuk meminta pihak pengurusan bangunan untuk memasang CCTV didalam lif dan tepat-tempat yang tersembunyi.
- Elakkan dari melalui jalan-jalan di bahagian belakang atau pun kawasan-kawasan yang terpencil atau sunyi.
- Jika keadaan perlu, pastikan anda memakai kasut yang sesuai mudah untuk anda melarikan diri.
- jangan membuka pintu kepada orang yang tidak dikenali,
- pastikan pengenalan diri tetamu terlebih dahulu.
- Sentiasa bercakap dipisahkan diatara pintu pagar atau gril berkunci.
- Hubungi orang terdekat untuk kepastian dan memberi maklumat.
- Jangan sesekali membuka pintu kepada sesiapa pun.
- minta mereka tunjukkan kad kuasa,
- dapat nombor hubungan pejabat mereka untuk membuat pengenalan.
- Jangan berikan kebenaran untuk masuk jika anda seorang diri.
- Jika masih lagi meragukan dan mereka berkeras untuk masuk, minta mereka tunggu sementara anda dapatkan orang lain untuk datang.
- Jika benar mereka pihak berkuasa, mereka akan menunggu, sementara anda telepon dan mendapatkan orang lain supaya datang untuk ke rumah untuk menemankan anda.
- Sila dapatkan pegawai wanita dan anda perlu tegas tentang perlunya ada pegawai wanita turut serta untuk masuk ke rumah. Sekali lagi minta mereka nombor hubungan pejabat dan anda telepon sendiri untuk memastikan kebenarannya.
- Jika tiada pihak polis mengiringi mereka, sila tanya kenapa dan jika perlu anda berhubung dengan balai polis terdekat untuk mendapatkan maklumat. Adalah penting untuk mendapatkan dan menyimpan nombor balai polis terdekat.
- Pastikan rumah dimangga kunci sentiasa walau pun anda mungkin ingin keluar sekejap. Jangan lalai. Pastikan juga anda tahu di mana kunci berada tetapi pastikan ia di tempat yang tidak mudah dicapai dari luar. Periksa rumah untuk sebarang ruang yang boleh dipanjat masuk. Buat sesuatu untuk menguatkan kawasan yang lemah.
- Pasangkan rantai atau kunci buka untuk pandang luar bukan setakat di pintu utama malah di semua bilik. Jika pintu dibuka, rantai tersebut mampu menahan pintu daripada dibuka.
- Jangan terima pelawaan untuk menaiki kereta daripada orang-orang yang tidak dikenali atau baru dikenali. Orang-orang yang kenali juga perlu dikenal pasti dan diketahui oleh keluarga atau teman-teman rapat anda. Beritahu mereka melalui sms atau telepon bimbit tentang nombor kenderaan, warna dan jenis kereta.
- Nasihatkan anak-anak anda supaya jangan menerima pelawaan untuk menaiki kenderaan, hadiah atau makanan daripada orang yang tidak dikenali ketika berada di luar rumah.
- Tidak digalakkan meninggalkan anak gadis bersendirian dengan sebarang lelaki di rumah.
- Lengkapkan diri anda dengan alatan pencegahan seperti siren yang kuat dan penyembur berlada (pepper spray). Hati-hati dengan penyembur berlada, ia turut boleh menjejaskan mata dan hidung anda. Lakukan semburan dengan mepastikan ia ditujukan dengan betul dan anda segera larikan diri.
- Telepon bimbit kini adalah kemudahan yang perlu. Ia boleh membantu anda dalam mendapatkan bantuan atau usaha menjejak anda. Ia tidak perlu mahal asalkan ia boleh membuat panggilan dan SMS.
- Pelbagai alatan dalam beg tangan boleh digunakan sebagai alat pertahanan diri. Sebagai contoh, pen, pensil maskara, hujung sikat atau berus, kunci yang hujungnya didepan apabila diletak antara jari. Spray minyak wangi atau rambut turut mampu menjadi senjata terutama apabila ia disembur pada mata. Gunakan alat berkenaan semasa anda diserang dan yg paling penting jangan merasa tertekan dan takut.
- Alat berkenaan hendaklah ditujukan pada tempat yg boleh mencederakan penyerang iaitu mata, kerongkong (dileher), perut, lubang telinga, dibawah dagu, sebelah atas bahu, lengan tangan, dada (bahagian puting), tepi pinggang, peha, alat kelamin, belakang leher dan lubang hidung. Ingat ya tujuan serangan adalah untuk melemahkan penyerang agar anda boleh larikan diri.
- Belajar seni mempertahankan diri yang mudah. Belajar bagaimana bertahan dan menyerang tempat yang lemah. Ada bengkel sehari yang boleh diikuti.
- Jika anda keluar makan dengan orang yang baru dikenali, tahu apa yang anda minum dan siapa yang menghidangnya. Jika boleh ajak sesiapa menemankan anda. Pastikan anda pulang awal dan anda dijemput untuk pulang..
- Jangan mandi dan basuh diri anda. Pelbagai tinggalan boleh membawa kepada penjenayah dan menjadi bukti dakwaan di mahkamah.
- Segera dapatkan bantuan daripada keluarga dan juga pusat perlindungan wanita. Anda perlukan nasihat kaunseling daripada pakar dan panduan menghadapi tekanan hari mendatang.
- Segera ke balai polis membuat pengaduan.
- Jangan basuh pakaian yang anda gunakan semasa kejadian.
- Jangan ganggu kawasan persekitaran kejadian jenayah. Biarkan dalam keadaan sebagaimana ia berlaku. Ini akan membantu polis dalam siasatan forensik.
- Beri maklumat lengkap tentang kejadian dan bentuk rupa perogol. Walaupun ia merupakan satu tekanan namun ia adalah yang terbaik untuk memastikan penjenayah ditangkap dan setiap maklumat terperinci akan membantu siasatan polis. Sila dapatkan polis wanita untuk mengambil maklumat anda.